Wednesday, March 2, 2016

ASAS PSIKOLOGI: PEMBELAJARAN MINGGU 5

ASAS PSIKOLOGI: PEMBELAJARAN  (MINGGU 5)

DEFINISI PEMBELAJARAN


  1. 1.       Perubahan yang agak kekal dalam aspek tingkah laku, atau potensi tingkah laku, disebabkan oleh pengalaman.
  2. 2.       Pembelajaran menghasilkan perubahan yang terhasil disebabkan pendedahan secara langsung terhadap pengalaman.
  3. 3.       Prinsip asas pembelajaran:


v  Perlaziman klasikal
v  Perlaziman operan
v  Pembelajaran pemerhatian


PERLAZIMAN KLASIKAL

Definisi


  1. 1.       Rekabentuk asas pembelajaran yang berlaku apabila stimulus pertama menjadi petanda akan kemunculan stimulus ke dua, menyebabkan subjek mengenal pasti maklumat berkaitan hubungkait antara stimulus tersebut.
  2. 2.       Stimulus – situasi fizikal yang mampu memberi kesan terhadap tingkah laku.

KAJIAN PAVLOV


  1. 1.       Unconditioned Stimulus (UCS):
v  Stimulus yang boleh mencetuskan UCR semasa diberi kali pertama.

  1. 2.       Unconditioned Response (UCR):
v  Respon yang tercetus disebabkan kemunculan UCS.

  1. 3.       Conditioned Stimulus (CS):
v  Stimulus yang diberi secara bergandingan dengan stimulus (UCS) yang lain secara berulangan.

  1. 4.       Conditioned Response (CR):
v  Respon yang ditunjukkan setelah diberi CS.




Prinsip Asas Perlaziman Klasikal - Acquisition

1.       Dalam perlaziman klasikal, Conditioned Stimulus (CS)(Bell) akhirnya berupaya mencetuskan Conditioned Response (CR)(Saliva) setelah berulang kali digandingkan dengan Unconditioned Stimulus (UCS)(Food) – proses ini dinamakan Acquisition (proses pemerolehan keupayaan)



Faktor mempengaruhi perlaziman


  1. 1                                 Delayed conditioning:
v  Pemberian CS (Bell) mendahului tetapi bertindan dengan pemberian UCS (Food).

  1. 2.                               Trace conditioning:
v  Pemberian CS (Bell) mendahului tetap[I tidak bertindan dengan pemberian UCS (Food).

  1. 4.                              Simultaneous conditioning:
v  CS (Bell) dan UCS (Food) diberi secara serentak dari saat bermula hingga akhir.

  1. 5.                          Backward Conditioning:
v  Pemberian UCS (Food) mendahului tetapi tidak bertindan dengan CS (Bell).


*
CS (Bell) – UCS (Food) interval:
    Jarak masa antara pemberian dua stimulus (Bell dan Food)
    Interval yang sangat pendek (kurang dari 0.2 saat) biasanya jarang         dapat memberi kesan conditioning.

Intensiti CS (Bell) dan UCS (Food):

Proses conditioning berlaku lebih cepat jika intensiti (kekuatan) CS dan UCS ditingkatkan. Contohnya menggunakan aliran elektrik sebagai CS.


Prinsip Asas Perlaziman Klasikal – Extinction, Reconditioning, Spontaneous Recovery


  1. 1.       Extinction - Satu proses yang mengakibatkan CS (bell) hilang keupayaan untuk mencetuskan CR (saliva) apabila ia itidak lagi digandingkan dengan UCS (food).
  2. 2.       Reconditioning – Selepas berlaku extinction CR (saliva) terbentuk semula selepas CS (bell) diganding bersama semula dengan UCS (food). Proses berlakunya CR adalah lebih cepat.


Prinsip Asas Perlaziman Klasikal – Generalization and Discrimination


  1. 1.       Stimulus Generelization – kecenderungan stimulus untuk menjadi CS bagi mencetuskan CR.
  2. 2.       Stimulus Discrimination – proses yang dilakukan oleh subjek iaitu untuk bertindak balas terhadap sesuatu stimulus sahaja, dan bukannya stimulus yang lain.


Aplikasi Perlaziman Klasikal


  1. 1.       Perlaziman klasikal boleh menyebabkan manusia menjadi fobia.
  2. 2.       Fobia – ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu objek atau peristiwa.
  3. 3.       Kajian tentang seorang kanak-kanak bernama Albert. Albert diberi tikus makmal. Beliau suka bermain dengannya. Tetapi setiap kali dia ingin menyentuh tikus, satu bunyi kuat terhasil. Albert terkejut dan lari. Setelah berapa lama proses menyentuh tikus akan diikuti dengan bunyi yang kuat, maka Albert akhirnya menjadi takut dan menangis bila terlihat tikus.
  4. 4.       Perlaziman fizikal boleh membantu mengurangkan ketakutan atau kebimbangan melalui prosedur flooding – subjek yang mengalami ketakutan spesifik dipaksa untuk melawan rangsangan ketakutan yang dialami.
  5. 5.       Contohnya, subjek yang takutkan ketinggian dipaksa untuk memanjat tiang yang tinggi dan melawan rasa takut yang dihasilkan oleh stimulus tersebut, dengan dikawal tahap keselamatam oleh penyelidik.
  6. 6.       Setelah berapa percubaan, subjek berasa selamat kerana tidak berlaku perkara yang ditakutkan, akhirnya rasa takut itu berkurangan.
  7.  .  Selepas extinction, tidak berlaku proses reconditioning. Subjek dibiarkan dalam keadaan lama tidak diberi CR dan UCR secara bergandingan. Persoalannya, adakah CS (bell) masih lagi mampu mencetuskan saliva? Jawapannya adalah ya, tetapi dalam dalam kapasiti yang lemah. Kemunculan semula reaksi ini, walaupun lemah disebut sebagai Spontaneous Recovery.

PERLAZIMAN OPERAN

Perlaziman operan ialah proses yang dilalui oleh subjek untuk mengulangi semula tingkah laku yang boleh mendatangkan kesan positif, atau menyebabkan mereka dapat mengelak dari kesan negatif.

Ciri-Ciri Perlaziman Operan: Reinforcement (Ganjaran)


  1. 1.       Reinforcement:


v  Penggunaan sesuatu rangsangan atau pembuangan sesuatu rangsangan untuk meningkatkan kekuatan tingkah laku.
v  Prinsip utama reinforcement ialah untuk meningkatkan tingkah laku


  1. 2.       Terdapat 2 jenis reinforcement:


v  Positive reinforcement
v  Negative reinforcement


  1. 3.       Positive reinforcement:


v  Stimulus yang dapat meningkatkan kekuatan tingkah laku.


  1. 4.       Negative reinforcement:


v  Stimulus yang meningkatkan kekuatan tingkahlaku supaya subjek dapat mengelakkan dari kehadirannya

Ciri-Ciri Perlaziman Operan : Punishment (Hukuman)

  1. 1.       Penggunaan atau pembuangan sesuatu rangsangan bertujuan untuk menurunkan kadar tingkah laku.
  2. 2.       Tingkah laku yang boleh menghasilkan hukuman, menyebabkan si pelaku akan menurunkan kadar tingkah lakunya.
  3. 3.       Prosedur untuk melemahkan kekuatan tingkah laku melalui pembuangan rangsangan yang disukai disebut sebagai – Omission Training.

Prinsip Perlaziman Operan : Shapping dan Chaining


  1. 1.       Kajian eksperimen oleh B. F. Skinner – Skinner Box.
  2. 2.       Tikus dimasukkan dalam Skinner Box. Tikus mesti menekan butang yang terdapat dalam kotak itu untuk mendapatkan makanan. Pada awalnya, tingkah laku tikus adalah secara rambang, ia berjalan dan melompat ke sana sini dalam kotak tersebut. Tetapi secara tiba-tiba tindakannya telah terpijak butang dan makanan pun keluar dari salur. Tindakan ini adalah tidak sengaja. Namun, setelah beberapa kali berulang pekara yang sama akhirnya tikus mempelajari sesuatu, bahawa dengan menekan butang tersebut akan menghasilkan makanan,
  3. 3.       Tingkah laku pembelajarn yang ditunjukkan oleh tikus dalam Sinner’s Box adalah merujuk kepada proses shapping.
  4. 4.       Shapping – teknik yang menggunakan pendekatan langkah demi langkah (successive approximation) dalam menghasilkan tingkah laku yang diingini untuk mendapatkan ganjaran positif.
  5. 5.       Contoh, dalam mempelajari bahasa, Successive Approximation bagi tingkahlaku tersebut ialah:


v  Babling
v  Bunyi perkataan
v  Sebahagian perkataan
v  Keseluruhan perkataan
v  Sebaris perkataan
v  Sebaris ayat



Shapping Dalam Tingkah Laku Bermasalah

  • 1.       Tingkah laku bermasalah adakalanya wujud akibat proses shapping
  • 2.       Successive approximation terhadap tingkah laku bermasalah turut diberi peneguhan menyebabkan tingkah laku bermasalah itu wujud. Contoh:

Perlaziman Operan terhadap tingkah laku yang lebih kompleks

  1. 1.       Contohnya, melatih anjing laut membuat persembahan air.
  2. 2.       Menggunakan prosedur chaining.
  3. 3.       Pelatih

Rangkaian Rangsangan – Tindak Balas

  1. 1.       Setiap rangkaian tingkah laku mengandungi satu komponen rangsangan - tindak balas yang berlaku secara berturutan
  2. 2.       Lihat contoh rangkaian tingkah laku pada ms 216 dan 217


Analisis Tugasan

  1. 1.       Proses menganalisis rangkaian tingkah laku dengan cara memecahkannya kepada setiap satu komponen rangsangan – tindak balas disebut sebagai analisis tugasan (Task Analysis).
  2. 2.       Jika matlamat anda adalah untuk mengajar seseorang satu kemahiran kompleks yang mengandungi 2 atau lebih komponen rangsangan - tindak balas, anda perlulah melakukan perkara berikut:


v  Kenalpasti semua tingkah laku yang perlu dilakukan dan tuliskan senarai tingkah laku tersebut secara tersusun dan mengikut urutan
v  Kenalpasti SD yang berkaitan dengan setiap tingkah laku dalam kemahiran
v  Perlu ada analisis tugasan yang detail bagi memudahkan anda memahami dengan jelas setiap hubungkait antara rangsangan dan tindak balas dalam setiap rangkaian.

Kaedah Menganalisis Tugasan

  1. 1.       Perhatikan individu yang terlibat dalam tugasan tersebut dan rekodkan setiap komponen rangsangan – tingkah laku
  2. 2.       Bertanyakan individu yang pakar dalam tugasan tersebut untuk menerangkan kepada anda semua komponen rangsangan – tingkah laku yangterdapat dalam tugasan tersebut.
  3. 3.       Laksanakan tugas tersebut secara individu dan rekodkan setiap komponen rangsangan – tingkah laku yang anda lalui.
  4. 4.       Setelah membuat analisis tugasan, anda mungkin menyemak semula analisis tersebut selepas berlangsungnya prosedur latihan chaining tersebut mengikut kesesuaian.
  5. 5.       Mungkin anda mendapati bahawa sesuatu komponen boleh dibuang atau anda menyatukan dua komponen dalam satu komponen sahaja.
  6. 6.       Ataupun, jika subjek anda mengalami kerumitan untuk memahami sesuatu kemahiran, maka anda bolehlah memecahkan lagi analisis tugasan dengan lebih detail. Contoh, sila lihat ms 218.

Backward Chaining


  1. 1.       Backward Chaining – prosedur latihan intensif yang biasanya digunakan ke atas individu yang mempunyai kemahiran yang terhad.
  2. 2.       Dalam prosedur ini, mula-mula anda akan  menggunakan prosedur prompting dan fading bagi mengajar tingkah laku yang terakhir di dalam rangkaian tingkah laku.
  3. 3.       Dalam rangkaian yang terkahir ini, subjek dikehendaki membuat ulangan sehingga menguasai tingkah laku pada rangkaian tersebut. Kemudian, barulah anda mengajar rangkaian tingkah laku yang berada sebelum tingkah laku akhir tanpa sebarang prompt atau fading, begitulah yang seterusnya.
  4. 4.       Hal ini akan berlarutan sehinggalah individu dapat menunjukkan keseluruhan rangkaian tingkah laku. Jika individu ditunjukkan SD1, dia dapat melakukannya walaupun tanpa prompt.
  5. 5.       Contoh, sila rujuk ms 220.

Forward Chaning

  1. 1.       Forward chaining sama dengan backward chaining iaitu anda mengajar sesuatu komponen dalam rangkaian tingkah laku secara berurutan dan memberi prompt dan fading dalam setiap rangkaian yang dilalui.
  2. 2.       Apa yang berbeza ialah titik permulaan bagi rangkaian tersebut iaitu SD1 – R1.

Persamaan antara Backward & Forward Chaining

  1. 1.       Kedua-duanya digunakan untuk mengajar rangkaian tingkah laku
  2. 2.       Untuk menggunakan kedua-dua prosedur, anda perlulah menyenaraikan analisis tugasan (task analysis) yang memecahkan rangkaian tingkah laku kepada komponen-komponen rangsangan – tindak balas.
  3. 3.       Kedua-duanya mengajar setiap satu tingkah laku dalam setiap komponen, kemudian kesemua tingkah laku dalam komponen akan digabungkan dalam satu rangkaian tingkah laku.
  4. 4.       Kedua-dua prosedur menggunakan kaedah prompting dan fading untuk mengajar setiap komponen
Perbezaan antara Backward & Forward Chaining

  1. 1.       Forward chaining mengajar komponen yang pertama dahulu, manakala backward chaining mengajar komponen yang terakhir dahulu
  2. 2.       Dalam backward chaining, oleh kerana pengajaran bermula pada komponen terakhir, maka subjek sebenarnya telah menyempurnakan semua tingkah laku sekaligus, dan mendapat peneguhan yang lebih bersifat objektif atas tingkahlaku yang telah sempurna.
  3. 3.       Tetapi dalam forward chaining, subjek belum lagi menyempurnakan keseluruhan tingkah laku kerana dia perlu melalui setiap komponen sehinggalah komponen yang terakhir. Oleh itu, subjek hanya diberi peneguhan yang berbentuk artificial, sehinggalah dia telah sempurnakan komponen terakhir, dia akan diberi peneguhan yang lebih bersifat objektif.

TOTAL TASK PRESENTATION

  1. 1.       Dalam Total Task Presentation, rangkaian tingkah laku yang kompleks dilihat sebagai satu unit tingkah laku
  2. 2.       Anda menggunakan prompt untuk membantu subjek melaksanakan tingkah laku dari mula hingga akhir
  3. 3.       Total Task Presentation dibuat jika tugasan tidak terlalu susah dan kompleks.
  4. 4.       Jika tugasan adalah kompleks, lebih baik gunakan kaedah forward dan backward chaining.
  5. 5.       Mesti mengambil kira kebolehan tahap pembelajaran subjek
  6. 6.       Mesti juga mengambil kira tahap kebolehan guru kerana Total Task Presentation adalah antara prosedur yang agak sukar untuk dilaksanakan kerana guru perlu menggunakan prompt yang disebut sebagai Graduated Guidance.
  7. 7.       Graduated Guidance – guru menggunakan bimbingan secara hand-over-hand untuk membantu subjek menyempurnakan tugasan.
  8. 8.       Dalam beberapa percubaan yang dilakukan oleh subjek setelah dibimbing oleh guru, maka bantuan akan menjadi semakin berkurangan, dan guru hanya melakukan proses shadowing sahaja iaitu proses physical prompting yang diberikan hanya jika terdapat masalah dalam melakukan tugasan. Rujuk ms 225

Strategi dalam Prosedur Chaining

  1. 1.       Backward chaining
  2. 2.       Forward chaining
  3. 3.       Total task presentation
  4. 4.       Written task analysis – guna deskripsi analisis tugasan sebagai prompt
  5. 5.       Picture prompt – setiap langkah yang tercatat dalam analisis tugasan dibuat dalam bentuk gambarajah
  6. 6.       Self-instruction – verbal prompt diberi terhadap diri sendiri.

Prosedur Chaining

  1. 1.       Pastikan sama ada prosedur chaining adalah yang paling sesuai untuk membentuk sesuatu tingkah laku
  2. 2.       Bina analisis tugasan
  3. 3.       Dapatkan maklumat asas kebolehan subjek – beri ujian terlebih dahulu – single opportunity method (subjek diberi satu SD dan dinilai responnya), atau multiple opportunity method (subjek dikehendaki menyempurnakan setiap komponen dalam rangkaian tingkah laku dan dinilai responnya)
  4. 4.       Pilih strategi yang akan digunakan dalam prosedur chaining
  5. 5.       Laksanakan prosedur chaining
  6. 6.       Terus memberi peneguhan selepas tugasan dapat disempurnakan.


PENEGUHAN
OBJEKTIF

  • 1.       Apakah pronsip-prinsip peneguhan?
  • 2.       Bagaimana peneguhan positif berbeza dengan peneguhan negatif?
  • 3.       Bagaimana peneguhan tanpa syarat berbeza dengan peneguhan bersyarat?
  • 4.       Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi peneguhan yang efektif?
  • 5.       Apakah jadual sela bagi peneguhan, dan bagaimana ia mempengaruhi kadar tingkah laku?

CONTOH KAJIAN PENEGUHAN

Kajian oleh Thorndike (1911) –
Thorndike meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah kandang, manakala makanan diletakkan diluar kandang dan dapat dilihat oleh kucing tersebut. Thorndike mengubahsuai kandang tersebut dengan meletakkan satu butang elektronik di atas lantai kandang. Aktiviti kucing di dalam kandang adalah secara rambang seperti berjalan mundar mandir dan mencakar lantai. Apabila kucing secara tidak sengaja terpijak butang elektronik tersebut, maka pintu kandang akan terbuka, dan kucing dapat keluar untuk mngambil makanan. Pada peringkat awal kejayaan kucing membuka pintu agak lambat berlaku kerana ia berasaskan tingkahlaku kucing secara rambang, dan kebarangkaliannya untuk memijak butang elektronik. Namun, apabila kejayaan membuka pintu kandang kerap kali berlaku akibat tingkah laku rambang hingga terpijak butang elektronik, akhirnya kucing mempelajari bahawa jika ia memijak butang elektronik ia akan dapat keluar dari kandang.

B. F Skinner (1930)
Skinner meletakkan seekor tikus di dalam sebuahkotak eksperimen, dan memberi tikus tersebut makanan setiap kali tikus memijak butang elektronik yang terdapat pada dinding kotak. Pada mulanya, tingkah laku tikus adalah secara rambang seperti melompat, berlari ke sana sini, menghidu, memanjat dan sebagainya. Apabila ia secara tidak sengaja tersentuh butang elektronik, makanan akan terkeluar dari bekasnya. Setelah beberapa kali perbuatannya menyentuh butang elektronik tersebut boleh menghasilkan makanan, akhirnya tikus tahu bahawa jika ia menyentuh butang elektronik tersebut, ia akan mendapat makanan. Selepas itu, perbuatan menyentuh butang elektronik akan kerap dilakukan leh tikus bagi mendapatkan makanan.

DEFINISI PENEGUHAN
Peneguhan adalah satu proses pengukuhan tingkah laku yang disebabkan oleh kesan yang segera terhasil selepas berlakunya tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku diperkukuhkan, maka ia akan kerap dilakukan pada masa akan datang.
Tingkah laku yang dikukuhkan melalui proses peneguhan disebut sebagai tingkahlaku operant.
Tingkah laku operant bertindak balas terhadap persekitaran untuk menghasilkan sesuatu kesan yang akhirnya tingkah laku operan dikawal dan berlaku disebabkan kesan tersebut.

CIRI-CIRI PENEGUHAN
Terbahagi kepada 2:

  1. 1.       Peneguhan Positif
  2. 2.       Peneguhan Negatif

     Peneguhan Positif
v  Sesuatu perlakuan akan disusuli oleh suatu pertambahan rangsangan (stimulus) yang akan meningkatkan lagi kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
v  Tingkah laku akan menghasilkan stimulus yang positif.
v  Hasilnya, kekerapan tingkahlaku akan terus meningkat.

Peneguhan Negatif
v  Sesuatu perlakuan akan disusuli dengan penghapusan sesuatu rangsangan yang akan meningkatkan lagi kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
v  Tingkah laku ditingkatkan bagi menghalang terhasilnya stimulus yang menyakitkan.
v  Hasilnya, kekerapan tingkah laku akan terus meningkat.
v  Berbeza dengan hukuman, stimulus yang menyakitkan akan diberi dan ditingkatkan bagi menghapuskan tingkah laku

Bagi mengenalpasti sama ada sesuatu situasi disebut sebagai peneguhan positif atau negatif, perlulah memahami 3 persoalan di bawah:
1.       Apakah tingkah lakunya?
2.       Apakah yang berlaku sejurus tingkah laku dibuat?
3.       Adakah tingkah laku tersebut kerap dilakukan selepas itu?


TINGKAH LAKU MENGELAK (ESCAPE ATAU AVOIDANCE)


  1. 1.       Terdapat dua situasi dalam peneguhan negatif yang menunjukkan individu mengelak dari rangsangan yang menyakitkan, dan seterusnya menikatkan kekerapan tingkah laku mereka:
v  Tingkah laku escape
v  Tingkah laku avoidance


  1. 2.       Tingkah laku mengelak (escape):
v  Rangsangan yang menyakitkan hadir ketika individu membuat sesuatu tingkah laku. Walau bagaimanapun, individu terus meningkatkan kekerapan dan prestasi tingkah laku tersebut bagi mengelak dari terus menerima rangsangan yang menyakitkan itu.


  1. 3.       Tingkah laku mengelak (avoidance):
v  Rangsangan yang menyakitkan belum lagi hadir semasa individu membuat sesuatu tingkah laku. Oleh itu, individu awal-awal lagi memastikan bahawa prestasi perlakuannya tidak akan mengundang kehadiran rangsangan yang menyakitkan. Kekerapan tingkah laku akan terus meningkat kerana rangsangan yang menyakitkan tidak mengganggunya.


PENEGUHAN BERSYARAT DAN TIDAK BERSYARAT
(CONDITIONED AND UNCONDITONED REINFORCEMENT)



  1. 1.       Peneguhan tidak bersyarat:       
Peneguhan positif dan negatif yang wujud secara semulajadi, tanpa sebarang latihan atau syarat yang disandarkan bagi menjadikan ia sebagai sesuatu peneguh. Contoh, makanan ialah peneguh tidak bersyarat kerana semua manusia perlukan makanan untuk hidup.

  1. 2.       Peneguhan bersyarat:
Peneguhan positif dan negatif yang pada asalnya wujud secara semulajadi, tetapi menjadi bersyarat apabila ia digandingkan dengan peneguh tidak bersyarat. Contohnya wang menjadi peneguh bersyarat kerana wang boleh digunakan untuk mendapatkan makanan. Jika wang tidak ada nilai dan tidak boleh membeli makanan, maka wang tidak boleh menjadi peneguh.

FAKTOR MEMPENGARUHI PENEGUHAN YANG EFEKTIF


  1. 1.       Kecepatan - bagi memastikan peneguhan yang diberi adalah efektif, ia sebaiknya hadir sebaik sahaja perlakuan dibuat.
  2. 2.       Kontingensi - ciri-ciri peneguhan yang berlaku secara tidak diduga selepas sesuatu tingkah laku memberi kesan kepada peneguhan. Contohnya, adakala peneguhan yang diberi dalam keadaan yang baik, tetapi mungkin menjadi kurang baik, sedikit lewat, gagal diberi dan sebagainya.
  3. 3.       Penghasilan operasi (Establishing Operation) - bermaksud sesuatu situasi yang mengubahsuai nilai sesuatu peneguhan itu supaya ia boleh menjadi sangat bermakna atau kurang bermakna dalam sesuatu keadaan yang tertentu. Contohnya, peneguhan berbentuk makanan dan minuman adalah sangat bermakna bagi individu yang sangat lapar, tetapi bukan bagi individu yang sedang kenyang.
  4. 4.       Ciri-ciri peneguhan - dari aspek jumlah dan kekuatannya, atau ciri-ciri lain. Bagi sesetengah orang, sesuatu ciri peneguhan itu amat bermakna baginya tetapi tidak bagi orang lain.

JADUAL PENEGUHAN


  1. 1.       Jadual peneguhan dibuat bagi memastikan sama ada setiap tingkah laku akan disusuli oleh peneguhan atau sama ada hanya sebahagian tingkah laku sahaja yang akan disusuli oleh peneguhan.
  2. 2.       Peneguhan boleh diberi secara berpanjangan menggunakan Continuous Reinforcement Shedule (CRF) iaitu setiapkali tingkah laku dibuat, ia akan diberi peneguhan.
  3. 3.       Peneguhan juga boleh diberi secara berkala menggunakan Intermittent Reinforcement Schedule (IRF)

Fixed Ratio

Peneguhan diberi setelah sejumlah tingkah laku dibuat. Contohnya, pujian diberi setiap 5 kali hantaran bola dibuat dengan baik.

Variable Ratio

Peneguhan diberi setelah sejumlah purata bilangan tingkah laku dihasilkan, tetapi tidak ditetapkan berapakah bilangan tingkah laku tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Fixed Ratio.
Subjek hanya boleh membayangkan bahawa ganjaran akan diberi selepas 5 kali tingkah laku dibuat. Tetapi, mungkin peneguhan pertama diberi selepas 5 kali tingkah laku tersebut dibuat, peneguhan kedua diberi selepas 6 kali, atau peneguhan ketiga diberi selepas 4 kali kerana ia bergantung kepada si pemberi ganjaran, manakala subjek perlu terus menghasilkan tingkah laku dengan harapan ia akan diberi peneguhan pada bila-bila masa.

Fixed Interval

     Dengan menggunakan jadual interval, peneguhan diberi selepas jangka        masa yang ditetapkan, tanpa mengira jumlah tingkah laku dibuat.            Contohnya, dalam jadual fixed interval 20 saat, jika tingkah laku          pertama dibuat sebelum berakhir masa 20 saat, ia tidak akan diberi        ganjaran. Ganjaran hanya akan diberi apabila tingkah laku pertama          dibuat selepas masa 20 saat. Kemudian, selepas 20 saat yang                seterusnya, jika tingkah laku kedua dibuat, ia sekali lagi akan            diberi ganjaran.

Variable Interval

Dalam jadual ini, jangka masa yang ditetapkan tidak sama seperti yang berlaku dalam jadual Fixed Interval 20 saat di atas. Walau bagaimanapun, subjek boleh membayangkan bahawa purata jangka masa ganjaran diberi adalah 20 saat, tetapi mungkin ganjaran akan diberi selepas 20 saat, 22 saat atau 18 saat bergantung kepada si pemberi ganjaran. Oleh yang demikian subjek perlu terus membuat tingkahlaku tersebut dengan harapan akan diberi ganjaran berdasarkan purata masa 20 saat.


PENGHAPUSAN (EXTINCTION)

OBJEKTIF
1.       Apakah prinsip-prinsip penghapusan?
2.       Apa yang terjadi semasa penghapusan tercetus (exctintion burst)?
3.       Bagaimana penghapusan berbeza daripada peneguhan negatif dan positif?
4.       Apakah kesilapan yang biasa berlaku dalam memahami konsep penghapusan?
5.       Apakah faktor yang mempengaruhi penghapusan?

CONTOH PENGHAPUSAN

Biasanya anda akan membeli minuman daripada mesin jualan minuman yang terletak berhampiran kelas anda. Pad suatu hari, semasa anda hendak ke kelas, anda berhenti untuk membeli minuman di mesin jualan minuman yang terdapat berhampiran kelas anda. Setelah anda memasukkan syiling RM1.20 dan menekan butang pilihan minuman anda, namun tin minuman tidak keluar di ruang yang disediakan. Anda menekan butang tersebut banyak kali, namun tin minuman tidak juga mahu keluar. Anda mencuba lagi dengan menendang-nendang mesin tersebut dalam keadaan yang agak marah. Akhirnya, anda meninggalkan mesin tersebut dan semenjak dari itu anda tidak lagi membeli minuman daripada mesin tersebut. Setelah beberapa minggu, anda mencuba lagi untuk membeli minuman, tetapi masalah yang sama masih lagi berlaku. Sehubungan dengan itu, anda bertekad untuk tidak lagi membeli minuman daripada mesin jualan tersebut.

DEFINISI PENGHAPUSAN

Penghapusan berlaku apabila tingkahlaku yang diberi peneguhan sebelum ini tidak lagi menghasilkan ganjaran menyebabkan perlakuan tingkah laku tersebut diberhentikan.

EXTINCTION BURST


  1. 1.       Biasanya sebelum penghapusan berlaku, subjek akan meningkatkan kekerapan, jangka masa dan kekuatan tingkah laku. Contohnya, apabila tin minuman gagal keluar daripada mesin tersebut, anda telah cuba menekan butang minuman berkali-kali dan anda juga menendang-nendang mesin jualan minuman tersebut dengan harapan ganjaran akan diberi. Situasi ini disebut sebagai extinction burst.
  2. 2.       Apabila tingkah laku tidak lagi diberi ganjaran, ia akan menyebabkan:
v  Kekerapan, jangka masa dan kekuatan tingkah laku meningkat
v  Wujud tingkah laku yang baru
v  Tindak balas emosi mungkin berlaku
v  Tindak balas agresif mungkin berlaku

SPONTANEOUS RECOVERY

  1. 1.       Salah satu ciri-ciri extinction ialah tingkah laku mungkin berlaku sekali lagi walaupun ia sudah dihentikan buat beberapa waktu (spontaneous recovery).
  2. 2.       Spontaneous recovery adalah kecenderungan semulajadi untuk sesuatu tingkah laku itu berlaku sekali lagi.

VARIASI PROSEDUR PENGHAPUSAN

  1. 1.       Jika dalam prosedur peneguhan, sama ada peneguhan bersifat positif atau negatif, kekerapan tingkah laku tetap akan meningkat.
  2. 2.       Begitu juga dalam prosedur penghapusan, sama ada ganjaran yang dijanjikan selepas tingkah laku adalah ganjaran positif atau negatif, tingkah laku tetap akan berhenti sekiranya peneguhan tidak diberi.
  3. 3.       Dalam prosedur penghapusan, jika ganjaran yang diberi adalah ganjaran positif, apabila ganjaran positif dibuang, maka tingkah laku akan berhenti. Tetapi, jika ganjaran yang diberi adalah ganjaran negatif, maka tidak akan berlakulah perbuatan mengelak secara escape atau avoiding daripada rangsangan yang menyakitkan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak sering memberi alasan setiap kali ibunya meminta tolong. Apabila ibunya mencubit kakinya apabila setiap kali dia memberi alasan, lama kelamaan perbuatan memberi alasan akan berhenti.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGHAPUSAN

  1. 1.       Jadual peneguhan sebelum penghapusan
  2. 2.       Kehadiran ganjaran selepas penghapusan




Tuesday, March 1, 2016

PERSEPSI ASAS PSIKOLOGI SEM 1

PERSEPSI DAN DERIA (SENSATION)
v  Manusia terdedah dengan rangsangan persekitaran pada setiap masa – tenaga fizikal seperti cahaya, bau, bunyi, haba dan lain-lain.
v  Namun otak manusia tidak mengesannya secara terus .
v  Otak harus mengesannya melalui aktiviti action potential dalam neuron.
v  Persoalannya, sejauh mana sensory receptor yang terletak pada organ deria berperanan dalam menerima dan menyalurkan signal dari rangsangan persekitaran.
v  Signal tersebut terhasil akibat proses transduction – bagaimana kandungan fizikal rangsangan persekitaran ditukar ke dalam bentuk signal untuk disalurkan oleh saraf deria ke otak untuk ditafsirkan.

Sensory Thresholds
v  Berapakah jumlah paling sedikit stimulus yang boleh dikesan oleh sistem sonsori?
v  Atau berapa banyakkah jumlah stimulus fizikal yang mencukupi untuk kita merasakan sensation itu?
v  Absolute threshold – magnitud terkecil dalam stimulus yg boleh dikesan 50% daripada tak boleh dikesan.


Masalah dalam absolute threshold:
v  Sensitiviti manusia terhadap stimulus boleh berubah dari masa ke semasa.
v  Stimulus yang pada awalnya dapat dikesan dalam magnitud tertentu, mungkin dapat dikesan dalam magnitud yang lain pada masa lain.
v  Sebab berlakunya maslah ini:
v  Fungsi tubuh badan manusia berubah dari masa ke semasa bagi mengekalkan persekitaran dalaman tubuh badan dalam keadaan yang optimum sentiasa.
v  Faktor motivasi seperti ganjaran semasa mengesan stimulus menyebabkan individu mengubah interpretasinya terhadap rangsangan.


Difference Thresholds
v  Difference thresholds merujuk kepada jumlah perubahan dalam stimulus yang membolehkan sesorang dapat mengesannya.
v  Semakin kecil perubahan kita dapat kesan, maka semakin besar tahap sensitiviti manusia (just noticeable difference – jnd).
v  Stimuli Below Thresholds
v  Sering juga berlaku situasi subliminal perception – keupayaan untuk mengenalpasti stimulus yang berada di bawah thresholds semasa dalam keadaan sedar (conscious experience).
v  Stimulus tersebut adalah di bawah threshold (lemah), tapi mampu mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku.


VISION
BASIC STRUCTURE OF HUMAN EYE
Physical Stimulus for Vision: LIGHT
Stimulus fizikal bagi deria penglihatan ialah cahaya.
Cahaya mengandungi gelombang elektromagnetik iaitu wavelength (jarak anatara puncak ke puncak sesuatu gelombang bunyi atau cahaya), menentukan sejauhmana kita dapat mengesan hue (warna yang dapat dikenalpasti disebabkan wavelenght cahaya yang dominan).
v  Kecerahan (brightness) – intensiti cahaya
v  Saturation – darjah konsentrasi hue cahaya.
v  Semakin kurang wavelenght bergabung, semakin tinggi saturasi atau keaslian sesuatu warna(hue).





Fungsi asas sistem visual
·            Acuity: Keupayaan visual untuk melihat dengan lebih jelas. Terdapat 2 jenis acuity:
v  Static Visual Acuity (SVA) – keupayaan manusia membandingbeza pelbagai objek semasa mereka dalam keadaan statik.
v  Dynamic Visual Acuity (DVA) – keupayaan manusia membandingbeza pelbagai objek semasa mereka dalam keadaan dinamik.

                                                               
·      Dark adaptation – proses di mana sistem visual meningkatkan sensitivitinya terhadap cahaya dalam keadaan gelap.
Dark-adaptation adalah 100,000 kali ganda sensitivitinya berbanding light-adaptation.

·         Eye movement – keupayaan manusia menggerakkan bola mata membantu dalam penglihatan. Terdapat 2 jenis:
v  Version movement – kedua-dua bola mata bergerak bersama dalam arah yang sama.
·         Involuntary movement – bergerak tanpa kawalan bawah sedar.
·         Saccadic movement – pergerakan laju, melompat dari satu poin ke satu poin. Berlaku semasa membaca dan memandu.
·         Puirsuit meovement – pergerakan yang perlahan mengikut laluan objek yang bergerak, seperti melihat bola yang dilontar.
v  Vergence movements – garis penglihatan bagi kedua-dua bola mata adalah bercapah. Vergence movement sangat penting dalam keupayaan mengenal pasti jarak dan kedalaman.

Color Vision (Persepsi terhadap warna)
·         Trichcromatic theory – manusia memiliki 3 jenis cone receptors yang menerima wavelenght cahaya yang tertentu – biru (450-500 nanometers), hijau (500-570 nanometers), atau merah (620-700 nanometers)
·         Negative afterimage – sensation of complementary colour yang terhasil selepas sesorang merenung ke arah sesuatu stimulus warna. Contohnya selepas merenung ke arah warna merah, apabila anda mengalihkan pandangan renungan ke latar yang asal, anda akan melihat warna biru.

·         Opponent –process theory – menjelaskan tentang pemprosesan maklumat sensori berkaitan warna berlaku pada aras di atas retina. Terdapat 6 jenis neuron yang mana antaranya dirangsang atau dilemahkan oleh warna merah, hijau, biru, kuning, hitam atau putih.

VISION DAN OTAK

















DERIA PENDENGARAN
PHYSICAL STIMULUS FOR HEARING: SOUNDS
Persepsi terhadap bunyi ditentukan oleh faktor:
v  Kekuatan (loudness) – bergantung kepada amplitude, ketinggian dalam gelombang bunyi.
v  Pitch– ditentukan oleh frekuensi gelombang bunyi
v  Timbre – merujuk kepada kualiti bunyi yang kita dengar dan merupakan ciri yang membantu kita membezakan bunyi dari pelbagai stimulus.
Place theory – mencadangkan bahawa bunyi daripada pelbagai frekuensi akan merangsang pelbagai kawasan dalam basilar membrane (lantai koklea) telinga.
Frequency theory – mencadangkan bahawa bunyi daripada pelbagai jenis pitch menghasilkan cetusan neural yang berbeza dalam sel rerambut yang terdapat pada telinga dalam.
Sound Localization – keupayaan sistem auditori manusia untuk mengenal pasti arah sumber bunyi.






DERIA SENTUHAN DAN KULIT








Pain Points





DERIA BAU DAN RASA












































PERCEPTION
GESTALT PSYCHOLOGIST
v  Kajian sistematik terhadap persepsi pertama sekali dilakukan oleh Gestalt Pschology iaitu ahli-ahli psychology German yang tertarik dengan kecenderungan semulajadi minda manusia untuk mentafsir struktur dan keadaan dunia fizikal, dan sering mentafsir sesuatu corak sebagai satu aturan menyeluruh dan bukannya entiti yang berpisah.
v  Gestalt adalah bahasa German yang bermaksud menyeluruh.
Prinsip-prinsip persepsi
v  Figure and Ground
Description: https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRGq2Wxje1RVM-v2YpNmm2yXs7OoH9wCnIH8ddK5MoVs6OCjFt4wwPersepsi yang menjurus kepada figure-ground relationship.
Description: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/74/Cup_or_faces_paradox.svg/300px-Cup_or_faces_paradox.svg.pngManua cenderung memisahkan pandangannya kepada 2 bahagian iaitu figure (bentuk dan ruang) dan ground (latar belakang bentuk yang tidak mempunyai bentuk dan ruang)






v  Grouping
Laws of grouping – kita mengelompokkan item untuk ditafsirkan.
Terdapat beberapa jenis prinsip dalam laws of grouping:
ü  Laws of similarity
ü  Law of proximity
ü  Law of common region
ü  Law of good continuation
ü  Law of closure
ü  Law of simplicity

















Perceptual Constancies
v  Kecenderungan mentafsir persekitaran sebagai tidak berubah walaupun perubahannya jelas nyata melalui pandangan mata.
v  Description: http://static.newworldencyclopedia.org/thumb/8/8f/Muller-Lyer_illusion.svg/200px-Muller-Lyer_illusion.svg.pngDescription: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRed0gMS1ZfJ1PLC5fHjkI1BKrWa8bkiFiri2xhaAMhk_9A8sgjGwPrinsip pengekalan saiz (size constancy) berlaku apabila saiz objek yang ditafsir adalah kekal walaupun imej yang terbentuk di retina akibat jarak yang menjauh atau mendekat memberitahu kita saiz yang dilihat.
Contohnya, anda melihat kawan dari jauh datang mendekati anda. Objeknya dari jauh adalah kecil hinggalah bila semakin dekat objeknya bertambah besar. Namun apa yang tergambar dalam persepsi anda bukanlah objek kawan anda yang mengecil dan kemudiannya membesar, tapi objek yang terpapar ialah saiz sebenar kawan anda itu.

Illusion

Adakala persepsi menyebabkan berlaku salah intepretasi disebabkan ilusi.
Jenis ilusi disebabkan oleh:
v  Saiz
v  Bentuk
v  Kawasan


Description: http://www.rit.edu/cla/gssp400/muller/carpentered.gif

Kunci Proses Persepsi
Corak dan Jarak
Pattern Recognition:
v  Manusia memiliki template iaitu sesuatu corak tertentu mengenai objek yang tersimpan dalam memori – templete  matching theory
v  Prototype matching theory – manusia secara automatik akan membandingkan setiap huruf atau perkataan dengan gambaran abstrak  dalam memori yang disebut sebagai prototype Contohnya, dari jauh nampak sebuah bas yang berwarna biru, terus mengaitkannya dengan bas UPSI..
Bottom-Up Approach
v  Keupayaan kita mengenalpasti sesuatu rangsangan spesifik adalah berdasarkan keupayaan mengenal pasti dan menggabungkan ciri-ciri rangsangan sepeti garisan, sudut, dan sisi.
Top-Down Approach

v  Persepsi dibentuk oleh tanggapan