Monday, February 29, 2016

Motivasi

Apakah itu motivasi?

Maksud motivasi diambil daripada perkataan lain ‘movere’ yang bermaksud ‘to move’.Menurut Alderman(1974), motivasi ialah kecenderungan tingkah laku dan pilihan yang dikawal oleh hubungan akibat dan kecenderungan tingkah laku yang berterusan sehingga matlamat dicapai.

Cox(1994), mendefinisikan motivasi sebagai sumber atau alat yang mengalakkan seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha mancapai matlamat tersebut sehingga berjaya.


Sumber Motivasi

Motivasi dianggap sebagai pencetus pergerakan atau keinginan individu untuk mencapai sesuatu matlamat.
Bagi seorang jurulatih, motivasi bererti usaha untuk melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna.


Jenis Motivasi

  • Motivasi Dalaman(Intrinsik)


Motivasi intrinsik dikaitkan dengan keseronokan dan pengalaman kecekapan dan minat yang diperoleh daripada melakukan aktiviti tersebut.
Menurut Singer(1988), motivasi dalaman ialah motivasi yang timbul atau wujud dalam diri seseorang itu sendiri.

  • Motivasi luaran(Ekstrinsik)


Motivasi ekstrinsik ialah ransangan oleh elemen-elemen luar seperti hadiah atau ganjaran.
Bentuk ganjaran luaran adalah pemberian hadiah atau ganjaran diperoleh daripada guru, jurulatih, ibu bapa dan majikan.
Motivasi ini kekal seketika kerana mengharapkan ganjaran.
Bentuk ganjaran ugutan atau dendaan, digunakan oleh jurulatih sebagai dorongan untuk mencapai kejayaan.
Jika keterlaluan akan menjejaskan dan mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang.


Kaitan antara motivasi dengan prestasi

Terdapat alat pengukuran motivasi dihasilkan untuk mengukur serta menilai motivasi atlet yang terlibat dalam sukan.
Skala Persepsi Kecekapan untuk Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Harter(1982), telah digunakan untuk menilai kanak-kanak dalam 3 aspek iaitu:

v Fizikal(kemahiran dalam sukan)
v Sosial(kecekapan berkaitan dengan raka sebaya)
v Kognitif(kecekapan berasaskan sekolah)


Weiss dan Horn(1990), menggunakan alat ini dalam kajian mereka dan mendapati kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menjangkakan bahawa tahap kecekapan mereka rendah biasanya akan tercicir dalam sukan.

Pengenalan Psikologi Sukan

Perspektif Psikologi Sukan:
v  subdisiplin bidang psikologi – psikologi gunaan
v  subdisiplin sukan dan sains senam (sport & exercise science)
v  percantuman antara psikologi sukan dan psikologi
v  psikologi kinesiologi (sains pergerakan manusia)


Peranan Ahli Psikologi Sukan

Tradisi
v   akademik – penyelidikan teori danpengajaran
v  pengamal – aplikasi gunaan dan penyelidikan
v  (Feltz & Kontos, 2002)

Peranan Sekarang

      v  ahli psikologi sukan klinikal
         - mempunyai lesen
         - uruskan masalah psikologi
      
     v  pendidik psikologi sukan
         - mengajar asas teori psikologi sukan yang betul
         - mengajar kemahiran psikologi untuk meningkatkan prestasi atlet

      v  penyelidik psikologi sukan
          - melakukan penyelidikan
          - mengembangkan cabang ilmu dalam bidang psikologi(Cox, 2002)


Evolusi Paradigma Psikologi Sukan

1950 – 1965: Personaliti
v tumpuan penyelidikan - personaliti dan penglibatan dalam sukan
v pendekatan tret
v secara atheoretical
v dikritik kerana dapatan tidak konsisten

          1966 – 1976: Fasilitasi Sosial dan Kebangkitan-Prestasi

v  menguji teori psikologi-sosial dalam makmal
v  kehadiran penonton meningkatkan prestasi
v  kebangkitan, kebimbangan dan kaitannya dengan prestasi
v  makmal tidak mewakili keadaan sebenar


1977-Pertengahan 1980an: Pendekatan Kognitif dan Kerja Lapangan

v  melihat aspek kognitif – personaliti, motivasi, kebangkitan dsb
v  menguji teori secara terus di lapangan
v  dikritik kerana terlalu taksub dgn ujian  lapangan, tidak kembangkan / uji teori


Hujung 1980an – Sekarang: Kembangkan Teori dan Alat Pengukuran

v mengembangkan konsep keyakinan  pergerakan, kepimpinan, orientasi matlamat dsb
v memperkembang dan memantapkan  alat pengukuran

v menggabungkan teori psikologi sukan  spesifik